Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Laman Web Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok telah dibangunkan dan menjadi medan informasi kepada semua golongan. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembangunan laman web ini secara langsung mahupun tidak langsung. Ini memerlukan usaha dan komitmen yang berterusan daripada semua warga Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok. Saya amat berharap agar laman web ini dapat menjadi medium utama untuk orang ramai mahupun jabatan kerajaan mendapatkan maklumat dengan cepat dan terkini, khususnya yang berkaitan dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok. Semoga Laman Web Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok akan mendapat Penarafan Lima (5) Bintang dalam Penilaian Laman Web/ Portal oleh pihak MAMPU dan MDEC. Sehubungan dengan itu, jabatan ini sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan secara yang cepat dan menepati keperluan pelanggannya yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, anggota-anggota perkhidmatan awam dan juga orang ramai selaras dengan hasrat murni kerajaan untuk memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang benar-benar menepati kehendak rakyat dan pelanggan. Adalah menjadi harapan saya, agar laman web ini sentiasa menjadi satu sumber maklumat penting dan bahan rujukan kepada semua pihak. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam memastikan Laman Web Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok ini sentiasa memberi maklumat yang terkini kepada semua pengguna. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah S.W.T memberikan ganjaran dan keberkatan kepada usaha murni ini.

Sekian, terima kasih.

  

*RAJA BERDAULAT, NEGERI BERKAT*

*MEMBANGUN BERSAMA ISLAM - KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN*

Haji Nik Mohamed Noor Bin Nik Ishak

Ketua Jajahan Bachok   

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • mdb
  • jupem
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
  • Laman Web Rasmi PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan
  • ptjkb
  • ptjm
  • ptjpp
  • ptjtm
  • ptjj
  • ptjkk
  • ptjgm
  • ptjpm
  • ptjt