Daerah Telong

PROFIL DAERAH TELONG

PENGENALAN
Daerah Telong adalah sebuah daerah pendalaman dalan Jajahan Bachok. Kini daerah Telong sedang berubah corak ke sebuah daerah yang lebih pesat membangun dengan pertumbuhan projek-projek kerajaan dan juga swasta, jika dibandingkan dengan jajahan lain di jajahan Bachok. Daerah ini mempunyai masa depan yang lebih cerah  dan lebih maju apabila terlaksananya projek pembangunan Tok Bali di Jajahan Pasir Putih dan pembinaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Tanggok daerah Melawi dan ini menjadikan  pemangkin kepada pembangunan di daerah ini.

LATAR BELAKANG
Daerah Telong merupakan sebuah daerah di selatan jajahan Bachok, bersempadang dengan Pasir Putih disebelah selatan, Laut Cina Selatan di bahagian timurnya, di utaranya daerah Melawi dan di bahagian baratnya daerah Gunong. Daerah ini mempunyai persisiran pantai sepanjang 7 km. Daerah telong di bawah pentadbiran Jajahan Bachok dalam tahun 1940 sebelum nya di jajahan Pasir Putih. Sebahagian besar tanah dikawasan ini ditumbuhi pokok-pokok gelang. Terdapat tanah seluas 1,228 ekar dijadikan hutan simpan kerajaan di mukim kandis dan 300 ekar dijadika padang ragut di mukim lubok tembesu.
Kerana mempunyai kawasan pantai yang panjang maka perkerjaan utama penduduk kawasan ini adalah nelayan, namun dengan kemasukan perusahaan tembakau pada tahun 70 an, boleh dikatakan 90% penduduk telah menjadi petani, disamping menjadi nelayan segai perkerjaan sampingan. Apabila Projek Kemasin Semerak siap pada tahun 2000 dimana kawasan yang berpaya telah kering dan dapat memperbagaikan tanaman seperti padi dan juga tanaman kontang serta sayuran dapat ditanam.

KELUASAN
Daerah Telong merupakan sebuah daerah yang paling luas kawasan sempadannya berbanding dengan daerah-daerah lain dalam jajahan Bachok. Keluasan Daerah Telong adalah 25.09 batu persegi bersamaan 16,056.8 ekar.

BENTUK MUKA BUMI 
Daerah Telong adalah kawasn permuakaan bumi yang landai dan rata, keadaan ini menyebabkan daerah ini dilanda banjir pada musin tengkujuh antara bulan November hingga Januari setiap tahun. Kawasan yang sering terlibat dengan ancaman banjir ialah mukim Lubok Tembusu (Beoh) kampung-kampung yang terlibat sebagaimana berikut:

i. Kampung Redang
ii. Kampung Gong Kapas
iii. Kampung Lubok Tembusu
iv. Kampung Pak Busu

Dalam kerja-kerja operasi banjir jajahan Bachok, satu pengkalan hadapan telah ditetapkan dikawasan ini bertempat di rumah Penghulu Mukim Lubok Tembusu (Beoh)
dan sebuah pusat pemindahan bertempat di Sekolah Kebangsaan Sri Kemunting. Tetapi sejak siapnya terusan Tok Bali kebelakangan ini kawasan tersebut tidak lagi mengalami banjir.

SENARAI NAMA KAMPUNG DAN PENGHULU MUKIM.

1. Mukim Kandis/Nama Kampung.

a. Kg. To Kederat
b. Kg. kandis
c. Kg. Baru
d. Kg Teko Air Merah
e. Kg. Nelayan 
f.  Kg. Kolam

Nama Penghulu: Razali bin Yasok 

2. Mukim Telong/nama Kampung

a. Kg. Aur
b. Kg. Telong
c. Kg. Pak Elong

Nama Penghulu Muim: Ramli bin Awang

3. Mukim Lubok Tembusu (Beoh)/Nama Kampung

a. Kg. Beoh
b. Kg. Hj. Saman
c. Kg. Redang
d. Kg. Pak Busu
e. Kg. Gong Kapas 
f.  Kg. Gong Tunggai
g. Kg. Lubok Tembusu
h. Kg. Alor Pauh

4. Mukim Kg. Aman/Nama Kampung

a. Kg. Aman
b. Kg. Hujung Lidah
c. Kg. Baru

Nama Penghulu Mukim: Mohd Asri b. Yaakob

5. Mukim Beris Lalang/Nama Kampung

a. Kg. Gong Nibong Hilir
b. Kg. Gelong Badak Hulu
c. Kg. Beris Lalang
d. Kg. Nibong Hulu

Nama Penghulu Mukim: Nik Mohd Suhaimi b. Che Had

DEMOGRAFI

BILANGAN PENDUDUK MENGIKUT KAUM DAN MUKIM

Jumlah penduduk di Daerah Telong sekarang mengikut bancian yang dibuat oleh penduduk pada tahun 2003/2004 seramai 8,279 orang tetapi adalah dipercayai anggaran sebenar penduduk masa kini adalah melebihi 10,000 orang dan hampir keseluruhan penduduk kawasan Telong adalah kaum Melayu dan pecahan mengikut mukim sebagaimana berikut:

Mukim Kandis:                 
Penduduk Lelaki             : 1,203 orang

Penduduk perempuan     : 1,262 orang
----------------- 

Jumlah                            : 2,465 orang

Mukim Telong: 
Penduduk Lelaki              : 838 orang
Penduduk Perempuan      : 707 orang
-----------------
Jumlah                             : 1,545 orang

Mukim L/Tembusu: 
Penduduk Lelaki              : 949 orang
Penduduk Perempuan     : 996 orang
---------------
Jumlah                            : 1,945 orang

Mukim Kg. Aman: 
Penduduk Lelaki               : 560 orang
Penduduk Perempuan      : 568 orang
--------------- 
Jumlah                             : 1,128 orang

Mukim Beris Lalang: 
Penduduk Lelaki              : 586 orang
Penduduk Perempuan     : 610 orang
--------------
Jumlah                            : 1,196 orang

Jumlah Keseluruhan penduduk mukim Telong : 8,279 orang



KEGIATAN EKONOMI
Pekerjaan utama penduduk Daerah Telong ialah dibidang pertanian, seperti menanam tembakau, berkebun kelapa, menanam sayur-sayuraan disamping itu bekerja sebagai nelayan dilakukan secara kecil-kecilan sahaja. Keluasan tanah tanaman tembakau/sayur-sayuran dan kelapa hampir sama keluasannya.

Walaupun begitu terdapat juga yang melibat dalam perniagaan seperti kedai atau warung penjualan makanan, perniagaan kedai runcit, pengusaha Chalet/Resort dan sebagainya, tetapi jumlahnya agak terlalu kecil.

INDUSTRI KAMPUNG/KRAFTANGAN
Daerah Telong tidak banyak industri kampung/Kraftanagn yang diusahakan oleh penduduk. Hanya beberapa tempat sahaja yang mengusahakannya seperti membuat gula melaka/manisan di Beris Lalang dan barang-barang hiasan keris yang terdapat di Kg. Kandis, Telong, Bachok.

KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Kesenian dan Kebudayaan boleh dikatakan tidak aktif di daerah ini. Walaupun begitu, terdapat juga beberapa pertubuhan dan individu yang mengaktifkan kegiatan kebudayaan seperti kumpulan Dikir Barat yang terdapat di Penempatan Projek DiRaja Kg. Nenasi dan Pertubuhan seni silat di Kg. Gong Wayang Beris Lalang, Telong, Bachok.

KEMUDAHAN AWAM

SENARAI NAMA JALAN


I.   Jalan Melawi ke Tok Bali
II.  Jalan Jelawat ke Beris Lalang
III. Jalan Durian Kudong ke Kulim
IV. Jalan Kubang Telaga ke Tok Ajam

PONDOK POLIS
Terdapat satu unit pondok Polis yang terletak di Kampung Tok Kederat mukim Kandis Telong, Bachok. Dimana dua orang telah diletakkan untuk bertugas daam satu-satu masa pada setiap hari.

SEKOLAH
Di daerah Telong terdapat beberapar buah Sekolah Menengah dan juga Sekolah Rendah. Diantara sekola-sekolah tersebut adalah seperti berikut:

1. Sekolah Menengah Kebangsaan Kandis
2. Sekolah Menengah Agama
3. Sekolah Kebangsaan Kandis
4. Sekolah Kebangsaan Seri Kemunting
5. Sekolah Rendah Agama

PUSAT PENGAJIAN TINGGI
 
Terdapat sebuah pusat pengajian tinggi swasta di Daerah Telong yang telah beroperasi sejak awal 2005. Pusat Pengajian tersebut ialah Kolej Islam Sains Dan Teknologi (KIST) yang mana pelajarnya sekarang ini telah melebihi 2,000 oarang dan pelajarnya datang dari merata-rata tempat di seluruh Malaysia.

HOSPITAL/KLINIK (KERAJAAN DAN SWATA)
Kebiasaan penduduk Daerah Telong mendapat rawatan di Klinik Desa Kerajaan yang terdapat di Mukim kandis, mukim Beris Lalang dan mukim Lubok Tembusu bagi penyakit-penyakit biasa manakala bagi penyakit yang agak kronik dan kronik mereka mendapat rawatan susulan di Hospital Bandar Bachok yang jaraknya hanya lebih kurang 14 kilometer dari Daerah Telong.
 

PELANCONGAN 

CHALET/RESORT/HOTEL
Bersesuaian dengan kawasan kedudukan geografi Daerah Telong yang memanjang sepanjang pantai, maka terdapat beberapa buah Chalet/Resort yang dibangunkan untuk menarik pelancong dari dalam negeri dan juga luar negara. Diantara Chalet/Resort yang terdapat di Daerah Telong ialah:

1. Sudara Beach Resort
2. Villa Daniala Resort
3. Pantai Sri Telong Resort
4. Pantai Sri Aur Resort
5. Pantai Sri Permai Resort

TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH
Tidak terdapat kawasan tinggalan sejarah/tempat-tempat yang bersejarah di Daerah ini. Walaupun begitu, kewujudan Sungai Gali di daerah ini telah menjadi sebutan masyarakat dan juga pemangkin kepada pembangunan kursus kepada sektor pertanian kepada penduduk daerahTelong.

KEAGAMAAN 

SENARAI MASJID

MASJID MUKIM
1. Masjid Mukim Aur
2. Masjid Mukim Kandis
3. Masjid Mukim Beris Lalang
4. Masjid Mukim Beoh Lubok Tembusu

TANAH PERKUBURAN

1. Tanah Perkuburan Telong mukim Telong.
2. Tanah Perkuburan Aur mukim Telong
3. Tanah Perkuburan Kandis mukim Kandis
4. tanah Perkuburan Beris Lalang Mukim Beris Lalang
5. Tanah Perkuburan Hj Saman mukim Beoh/Lubuk Tembusu

KUIL/KETIK
Tidak terdapat Kuil/Ketik di Daerah ini kerana majoriti penduduk kesemua berbangsa Melayu dan beragama Islam.

KEISTIMEWAAN/KEUNIKAN DAERAH

1. Diantara keistimewaan/keunikan Daerah ini ialah terdapatnya Pusat Serenti Wanita yang pertama di Negeri Kelantan dan juga di Malaysia. Terdapat lebih dua ratus orang penghuni yang datang dari seluruh Malaysia sedang dibaik pulihkan dari panagihan dadah sebagainya oleh pihak tersebut.

2. Pusat Pengajian Pondok (Pondok Moden) yang terletak di mukim Telong Daerah Telong amat terkenal di seluruh negeri Kelantan. Pelajarnya juga ada yang dari luar negeri Kelantan seperti Thailand/Siam dan lain-lain lagi. Pelajar-pelajar ini akan melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah seperti ke Mesir, lain-lain negeri Timur tengah dan juga ke Indonesia serta ke Thailand.

3. Daerah Telong juga terdapat kawasan peranginan yang menarik dengan wujudkan Chalet/Resort di sepanjang persisiran Pantai Telong telah menjadi kunjungan ramai untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti riadah , mesyuarat, kursus dan sebagainya. 

4. Disamping itu juga, daerah ini terdapatnya satu-satu pusat pengajian tinggi swasta yang pertama di Bachok iaitu Kolej Islam Sains Dan Teknologi (KIST) dan juga pusat Giat Mara Daerah Bachok yang telah  menjadi daerah ini dan jajahan Bachok agak terkenal di seluruh Malaysia.

5. Diperingkat negeri daerah ini telah dipilih untuk dijadikan kawasan contoh pembangunan dan penempatan penduduk-penduduk miskin seperti kawasan penempatan orang-orang miskin Projek Di Raja II Kg. Nenasi Beris Lalang yang menetapkan seramai 50 buah keluarga miskin yang dipilih dari seluruh jajahan  Bachok. Mereka diberi rumah dan modal pusingan untuk menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi bertujuan untuk membaiki taraf hidup golongan miskin tegar ini.

PENUTUP
Daerah Telong mempunyai potensi yang lebih cerah di akhir-akhir ini terutama dari segi industri pelancongan kerana banyak rumah-rumah rehat/chalet telah dan sedang dibangunkan, juga disokong dengan perumahan yang cepat sekali bercambah di sekitar Mukim Telong dan Kandis. Penubuhan pusat pengajian Tinggi Swasta seperti KIST membuat Daerah Telong akan lebih dikenali di seluruh Negeri Kelantan dan Malaysia. 

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • mdb
  • jupem
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
  • Laman Web Rasmi PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan
  • ptjkb
  • ptjm
  • ptjpp
  • ptjtm
  • ptjj
  • ptjkk
  • ptjgm
  • ptjpm
  • ptjt