Daerah Tanjung Pauh

PROFIL DAERAH TANJUNG PAUH

SEJARAH DAN LATARBELAKANG DAERAH TANJUNG PAUH
Daerah Tanjong Pauh ialah salah satu daerah yang terletak di dalam Jajahan Bachok. Disebelah utara bersempadan dengan Daerah Tawang, disebelah selatanya Bekelam, disebelah timur Repek dan Perupok dan sebelah barat Jajahan Kota Bharu.

Jarak daerah ini dengan bandar Bachok lebih kurang 6 KM dengan Bandar Kota Bharu pusat pentadbiran negeri ialah 18km. Luas Daerah Tanjung Pauh ialah 11.82 km persegi dan penduduknya ialah 11,000 orang sahaja.

SEJARAH RINGKAS
Nama Tanjung Pauh ialah sempena  bagi nama sebuah kampung yang diduduki oleh Penggawa pada zaman pemerintahan British. Diwaktu itu kampung yang terpencil ini yang hanya didiami beberapa buah kelurga sahaja. Sebelum merdeka  daerah ini sangat mundur dan terpencil kerana tiada jalan-jalan penghubung serta apa-apa kemudahan asas. Sungai adalah salah satu daripada jalan penghubung daerah ini dengan dunia luar.
Selepas merdeka , Daerah ini turut menerima faeadah kemajuan yang dirancang oleh pemerintah yang mana sebatang jalan yang menghubungkan antara Pekan Beris Kubor Besar dengan Kota Bharu telah dibina pada tahun 1959.
Pada tahun 1993 pihak M.T.C telah membuat percubaan menanam tembakau di daerah ini dan ianya telah berjaya, sejak itu ianya melangkah setapak demi setapak menuju kejayaan dan sudut pendapatan penduduk daerah ini. Hari ini Daerah Tanjong Pauh adalah satu daerah yang bernasib baik kerana telah mendapat kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik, air dan sebagainya dari kerajaan disamping mempunyai sumber ekonomi yang kukuh.

PENTADBIRAN
Daerah ini ditadbir oleh seorang Penggawa, seorang pembantu penggawa, 5 orang penghulu dan 38 orang ahli JAPEIM. 
Agensi-agensi kerajaan yang terdapat dalam daerah ini adalah;-
1.  Lembaga Pertubuhan Peladang---Bachok
2.  Pusat kesihatan kecil Beris Kubor Besar
3.  Pondok Polis Beris Kubor Besar.

Daerah ini adalah salah satu daerah termasuk di dlam kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Bachok.

Penggawa Daerah Perupok
Nama : Mohd Aziz Ibrahim
H/p : 017-9503757

Pembantu Penggawa : 
Nama : Mohd Sabri bin Awang
H/p : 019-9434924

STRUKTUR FIZIKAL (KEADAAN MUKA BUMI)
Daerah Tanjong Pauh ini terbahagi kepada dua jenis tanah yang berbeza;-

1. Tanah Beris Berpasir
2. Tanah Liat Lembah Yang Berpaya.

Bahagian Pertama
Lebih 2/3 daripada muka bumi daerah ini adalah terdiri dari tanah berpasir, oleh sebab itu hasil pengeluaran pertanian bagi kawasan ini adalah terhad kepada beberapa jenis tanaman yang sesuai dengan tanah berpasir sahaja. Dari sudut pertanian, kawasan ini ditadbir Lembaga Pertubuhan Peladang Bachok Utara dan Pegawai Pertanian Jajahan Bachok.

Bahagian Kedua
Lebih 1/3 nya adalah tanah liat yang berpaya atau bendang padi. Selain daripada padi tanah ini juga sesuai untuk tanaman sayur yang bermusim. Kebanyakan tanah ini ditenggelami pada musim tengkujuh dan amat sedikit tanaman kekal ditanam dikawasan ini. Bendang padi disini juga dibawah Pentadbiran Rancangan Lembaga Pertanian Kemubu.

NAMA-NAMA MUKIM DAN PENGHULU

   Bil              Nama Mukim /Kampung                                       Nama Penghulu                  
   1.   Mukim Beris Kubor Besar         -  6   Fauzi bin Mat Amin
   2.   Mukim Beris Tengah               -  4   Mohd Shamsuddin bin Hassan
   3.   Mukim Keluat                         - 6   Sulaiman bin Othman
   4.   Mukim Pengkalan Baru           -  9   Ab. Aziz bin Mamat
   5.   Mukim Tanjung Kering            -  9   Mashor @ Nasir bin Ismail

  
PERTUBUHAN SUKARELA
1. Unit Sukarela Beris Kubor Besar
2. Rukun Tetangga KRT Beris Kubor Besar
3. Unit Sukarela Bomba Beris Kubor Besar
4. Belia 4B Beris Kubor Besar
5. Belia MAYC Beris Kubor Besar
6. Rukun Tetangga KRT Pengkalan Baru

KENYATAAN DATA DAERAH

1. Mukim Tanah
a. Mukim Tanjung Pauh
b. Mukim Tanjung Jering
c. Mukim Pak Pura

2. Mukim Iman Masjid
a. Mukim Beris Pak Pura
b. Mukim Pengkalan Chengal
c. Mukim Tanjung Jering
d. Mukim Keluat

3. Mukim Penghulu
a. Mukim Beris Kubor Besar
b. Mukim Pengkalan Baru
c. Mukim Beris Tengah
d. Mukim Tanjung Jering

NAMA-NAMA MUKIM/ NAMA PENGHULU/ PENDUDUK

  Bil     Nama Mukim    Nama Penghulu    Bil. Penduduk  Bil.  Rumah  
  1.   Beris Kubor Besar    Fauzi bin Mat Amin      3039      921  
  2.   Pengkalan Baru   Mohd Shamsuddin Hassan      2009      433  
  3.   Pengkalan Baru (II)   Ab. Aziz bin Othman      2130      386  
  4.   Keluat   Sulaiman bin Othman      2269      458  
  5.   Tanjung Jering   Nasir bin Ismail      1451      257  
      JUMLAH     10898      2455  

 KEGIATAN EKONOMI

PEKERJAAN PENDUDUK
Lebihkurang 10% daripada penduduk Daerah Tanjung Pauh berkerja sebagai pekerja bergaji samada dengan kerajaan atau syarikat-syarikat swasta. 70% daripada mereka adalah berkerja sebagai petani yang bergantung kepada punca hasil pertanian. 10% daripadanya berkerja sebagai peniaga dan 10% lagi berkerja sebagai tukang dan lain-lain. Daerah ini memiliki sebuah pekan yang menjadi pusat kegiatan ekonomi atau pusat beli belah terutama barang-barang keperluan harian dan bahan makanan. Pekan yang dimaksudkan adalah Pekan Beris Kubor Besar.

Punca Hasil dan Kesesuaian Tanah
Berdasarkan kepada dua keadaan mukabumi daerah ini, maka Sektor Ekonomi daerah ini juga terbahagi kepada dua sektor iaitu;-

Bahagian Pertama - Bahagian ini terdiri daripada seluruh Mukim Tanjung Jering  yang mempunyai tanah liat yang berpaya yang sesuai ditanam untuk tanaman padi sahaja. Manakala di bahagian yang tidak berpaya sesuai untuk tanaman jangka masa pendek seperti sayuran. Pihak kerajaan telah mengadakan sistem pengairan Kemubu dan Kemasin bagi meningkatkan pendapatan petani. Dengan demikan petani dikawasan ini dapat menanam padi dua kali setahun.

Bahagian Kedua - Bahagian ini meliputi 2/3 dari kawasan daerah Tanjung Pauh iaitu dikawasan Mukim Kubor Besar, Mukim Beris Tengah, Mukim Keluat dan Mukin Pengkalan Baru. Tanah disini sesuai untuk tanaman Tembakau. Terdapat dua syarikat pengeringan tembakau iaitu syarikat Sri Pura - Pak Pura dan Setia Aman - Kampung Keluat.

Jenis Kedai Yang Terdapat Dalam Daerah Tanjung Pauh

   Bil                  Jenis Kedai                                    Bilangan                    
   1.   Kedai Runcit                        44
   2.   Setor Garam                        5
   3.   Setor Kayu                        1
   4.   Kedai Membaiki Radio / Television                                   1
   5.   Kedai Membaiki Basikal/ Motosikal                         5
   6.   Kedai Makan                        35
   7.   Pasar Raya                        1
   8.   Pasar Besar                        1


MASALAH BAGI DAERAH TANJONG PAUH

1) Ekonomi
     Oleh kerana sebahagian dari mukabumi daerah ini memiliki tanah berpasir yang kurang subur maka punca pengeluaran hasil-hasil pertanian juga sangat terhad, pengangguran bermusim sangat ketara dalam daerah ini terutama dari Bulan Mac hingga November iaitu bukan musim tembakau.

     Dengan kejatuhan harga kelapa, beban ekonimi kepada penduduk kawasan ini bertambah berat kerana tanaman kelapa satu-satunya tanaman kekal dalam daerah Tanjong Pauh. bagi penanaman padi pula mereka merasa susah untuk menjual padi kerana tidak terdapatnya pusat pembelian padi yang hampir di daerah ini kerana BERNAS Peringat yang jarak lebih kurang 20 km.

2) Politik
    Terdapat sebuah kampung kecil dalam daerah ini yang mana penduduknya berpecah-pecah kerana fahaman politik. Walaubagaimanapun, masalah poltik tidaklah begitu ketara sangat bagi Daerah Tanjong Pauh ini.

RANCANGAN PEMULIHAN TANAH TERBIAR

1) Tanah Terbiar di Baruh Rengan, Beris Kubur Besar, Tanjong Pauh.
     Luas tanah di Baruh ini lebih kurang 100 hektar. tanah di kawasan ini terbiar sejak beberapa tahun lepas, akibat dari air bertakung terlalu dalam dan tidak boleh ditanam dengan padi.

     Air yang bertakung berpunca dari parit air buang yang digali oleh pihak KADA bagi kawasan ini telah tertimbus dan tertutup menyebabkan air tidak dapat mengalir ke Sungai Kemasin. Akibatnya baruh ini terus tertimbus dan terbiar selama beberapa tahun lalu menyebabkan bendang tersebut ditumbuhi rumput menerung.

2) Tanah Terbiar di Padang Buak Tanjong Pauh
    Tanah terbiar di Baruh Padang Bual ini, luasnya lebih kurang 50 ekar, ia terbiar lebih kurang 15 tahun sebelum dipulihkan.

Sebab-sebab Terbiar
Kawasan dikelilingi oleh kawasan sungai, sebahagian kecil sahaja bersambung dengan daratan. Air tidak dapat bertakung di kawasan dan tidak sesuai ditanam padi kerana air hujan yang turun akan terus mengalir ke sungai dan tidak sempat bertakung di kawasan bendang padi.

Pada musim hujan, air melimpah dari sungai akan terus menenggelamkan kawasan ini dan menyebabkan airnya menjadi terlalu dalam. Dengan sebab itu, maka tanah di baruh ini terbiar hingga 15 tahun lamanya.

3) Tanah Terbiar di Pengkalan Baru
    Luas tanah terbiar kawasan ini lebih kurang 60 ekar dan tidak dapat sebarang skim pengairan. Rancangan pemulihan bergantung kepada air hujan semata-mata. Tanah di kawasan ini lebih merupakan paya-paya dan sebahagian baruh di kawasan Pengkalan Baru yang selalu diresapi air masim.

Sebab-sebab Terbiar
Tiada galakkan bagi orang-orang disini untuk menanam padi kerana kebanyakkan penduduk di kawasan ini lebih suka menanam tanaman yang selain padi. Selain daripada itu, disebabkan kawasan  ini tiada punca pengairan yang terjamin bagi penanaman padi.

Tanah-tanah yang terbiar di Daerah Tanjong Pauh, Bachok

1) Tanah terbiar di Padang Melintang Tanjong Pauh Bachok

    Luasnya tanah terbiar di baroh Padang Melintang ini ebih kurang 300 ekar dan sebahagian besar daripadanya adalah terbiar. Keluasan kawasan ini termasuklah dalam pengairan Kemubu. Segala kemudahan pengairan terdapat di kawasan ini.

Sebab-sebab Tanah Terbiar:
Terdapat berbagai-bagai pendapat berhubung dengan sebab terbiarnya tanah di kawasan ini. Mereka tidak menanam padi di kawasan ini keranaketiadaan kereta/jentera bajak sawah padi yang ingin melakukan perkhidmatan mengambil upah untuk membajak tanah di kawasan ini kerana tanah di kawasan ini berlumpur.

Sebab wujudnya lumpur di kawasan ini adalah kerana pihak pentadbiran Kada telah menakung air di dalam parit air buang yang merintangi di tengah-tengah baruh Padang Melintang. Tujuan pihak KADA menakung air untuk mengepam semula air melalui Rumah Pam Tanjong Jenera bagi kegunaan penanaman padi.

Walaubagaimanapun, sekarang sudah terdapat usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak KADA untuk memulihkan tanah-tanah di kawasan ini, namun masih belum dapat melihat sama ada usaha oleh pihak KADA ini berjaya atau tidak sehingga selesainya laporan.

INDUSTRI KAMPUNG/KRAFTANGAN

Industri Kampung

Perusahaan Tempat
Memproses/membuat budu/sos bilis, sos pencicah, cuka, sos cili keluaran Perniagaan Maizan Belakang SMK Long Yunus, Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan
Membuat Tepung koleh Kacang Kampung Paya Teratai, Mukim Keluat, Daerah Tanjung Pauh Bachok, kelantan
Produk Kuih Bahulu dan Akok Kampung Paya Teratai, Mukim Keluat, Daerah Tanjung Pauh Bachok, kelantan
Kuih Bahulu, Akok dan Kuih Beko Kedai Beris Kubur Besar, Daerah Tanjung Pauh Bachok, kelantan
Membuat atap bata tanah Kg. Pengkalan Baru, Daerah Tanjung Pauh Bachok, kelantan
Pengusaha pengeluaran arang kayu Kg. Padang bual, Mukim Beris tengah, Daerah Tanjung Pauh Bachok, kelantan


Kraftangan
 

Perusahaan Tempat
Menjahit atap nipah Kg. Pengkalan Cina, Mukim Keluat, Daerah Tanjong Pauh, Bachok, Kelantan
Membuat mengayam tikar mengkuang secara kecil-kecilan Kg. Seri Sentosa (Kg. Berhala), Mukim Jering, Daerah Tanjong Pauh, Bachok, Kelantan


Kesenian Dan Kebudayaan
 

Kesenian dan Kebudayaan Tempat
Pasukan/Kumpulan Marhaban Kg, Keluat, Daerah Tanjong Pauh, Bachok, Kelantan
Pasukan Dikir Barat Kg. Pengkalan Cina, Mukim Keluat, Daerah Tanjong Pauh, Bachok, Kelantan
Kumpulan Silat Kg. Kulim, Kg. pengkalan Chengal dan Kg. Padang bual, Daerah Tanjong Pauh, Bachok, Kelantan



KEMUDAHAN AWAM

Di dalam Daerah ini terdapat empat buah sekolah kebangsaan, satu buah sekolah menengah dan sebuah sekolah agama.

   Bil                   Nama Sekolah                                              Lokasi                      
   1.   Sek. Kebangsaan Beris Kubor Besar   Mukim Beris Kubor Besar
   2.   Sek. Kebangsaan Pak Pura   Mukim Pak Pura
   3.   Sek. Kebangsaan Pengakalan Chengal   Mukim Pengkalan Chengal
   4.   Sek. Kebangsaan Tanjong Jenera   Mukim Tanjong Jering
   5.   Sek. Menengah Kebangsaan Long Yunus   Mukim Beris Kubor Besar
   6.   Maahad Amir Indera Petra   Mukim Beris Kubor Besar

KESIHATAN
Sebuah pusat perkhidmatan kesihatan terdapat dalam daerah ini dikenali sebagai Pusat Kesihatan Kecil Beris Kubor Besar. Selain dari itu terdapat sebanyak 3 buah klinik swasta. Pusat Kesihatan yang terdapat di daerah ini telah bertanggung jawab untuk menjaga kesihatan dan mengawal penyakit berjangkit bagi seluruh daerah Tanjung Pauh, serta Daerah Tawang yang mana penduduknya berjumlah 50000 orang. Bilangan penduduk yang menerima rawatan lebih kurang 100 orang dalam masa sehari.  Bilangan kakitangan pusat kesihatan ialah seramai 21 orang.

PONDOK POLIS
Terdapat sebuah pondok polis di dalam Daerah Tanjong Pauh iaitu dikenali sebagai Pondok Polis Beris Kubor Besar. Terdapat 2 orang anggota yang bertugas 24 jam yang diketua oleh anggota yang berpangkat kopral.

PERHUBUNGAN
Jalan raya merupakan perhubungan utama di daerah ini . Terdapat 4 jalan utama yang digunakan oleh penduduk daerah ini iaitu;-
1. Jalan Kg. Seri Sentosa ke Pengkalan Bau  sepanjang 16km.
2. Jalan Beris Kubor Besar ke Tanjung General sepanjang 2.5 km
3. Jalan Beris Kubor Besar ke Pondok Beria sepanjang 0.8 km.
4. Jalan Beris Kubor Besar ke Pauh Sembilan sepanjang 2.5 km. 

PERKHIDMATAN POS
Terdapat sebuah pejabat Pos Mini di Bandar beris untuk kemudahan penduduk disini. Wakil pos ini menerima 100-300 surat atau pesanan dalam tempoh sehari.

BEKALAN ELEKTRIK
Sebanyak 98% penduduk didaerah Tanjung Pauh mendapat bekalan elektrik.

KELAS TADIKA DAN PASTI

  Bil              Nama Tadika                                           Tempat/Lokasi                 Bilangan  Murid        
   1.   Tadika Kg. Pengkalan Hulu   Kg. Pengkalan Hulu                45
   2.   Tadika Pondok Beris   Beris Kubor Besar                75
   3.   Tadika Ilham Murni   Beris Kubor Besar                45
   4.   Tadika Padang Baul   Kg. Padang Bual                50
   5.   Tadika Kg. Penghulu Kob   Kg. Pengkalan Kob                40
   6.   Pasti Beris Tengah/ Pak Pura   Kg. Beris Tengah               100


NAMA MASJID DAN IMAN

   Bil           Nama Masjid                                  Lokasi              Nama Iman        
   1.   Masjid Beris Pak Pura   Mukim Pak Pura     Mat Yusoff bin Mat  
   2.   Masjid Pengkalan Chengal     Mukim Pengkalan Chengal     Mohd Alwi bin Mohd Nor 
   3.   Masjid Tanjung Jering   Mukim Tanjung Jering   Mohd Noor bin Haron
   4.   Masjid Keluat   Mukim Keluat   Abdullah bin Umar



SENARAI TANAH KUBUR MENGIKUT MUKIM IMAN

   Bil            Nama Mukim             Nama Tanah Kubur          Keluasan         
   1.   Mukim Pak Pura   1. Kubur Beris Kubur Besar   
  2. Kubur Tanjung Pauh
  3. Kubur Padang Bual 
   7.775 Ekar
   1.095 Ekar
   1.025 Ekar
   2.   Mukim Keluat

  1. Kubur Pengkalan Cina
  2. Kubur Keluat
  3. Kubur Tako Kelerek

   1.225 Ekar
   1.110 Ekar
   1.062 Ekar
   3.   Mukim Pengkalan Chengal     Tiada  
   4.   Mukim Tanjung Jering   Tiada  


KULI/KETIK
Tiada

PELANCONGAN
Tidak terdapat Chalet/Resort serta hotel-hotel dalan Daerah Tanjong Pauh ini dan ianya akan wujud dimasa-masa akan datang. Tempat-tempat yang bersejarah pun tidak terdapat didaerah ini untuk dijadikan destinasi perlancongan.

PENUTUP
Daerah Tanjung Pauh merupakan daerah yang kecil , ianya terbahagi kepada 3 mukim tanah, 4 mukim iman dan 5 mukim penghulu serta terdapat 33 buah kampung dangan penduduknya mejoritinya  berbangsa melayu. Profil ini ditulis bagi memudahkan serta menjadi panduan bagi mendapatkan maklumat-maklumat mengenai daerah ini walaupun belum mencukupi tetapi ianya boleh dijadikan panduan.

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • mdb
  • jupem
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
  • Laman Web Rasmi PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan
  • ptjkb
  • ptjm
  • ptjpp
  • ptjtm
  • ptjj
  • ptjkk
  • ptjgm
  • ptjpm
  • ptjt