Pembukaan rasmi Jajahan Bachok telah
disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Yang
Maha Mulia Tuanku Ismail Petra Ibni Al-Marhum
Sultan Yahya Petra, sultan dan
Yang Di Pertua bagi negeri
Kelantan Darul Naim pada hari Ahad, 22
Muharam 1409 bersamaan 4 September 1988.
Jajahan Bachok terletak di Timur Laut Negeri Kelantan bersempadan di
sebelah Timurnya Laut China Selatan, di
sebelah Utara dan di sebelah Baratnya
bersempadan dengan Jajahan Kota Bharu
dan dengan Jajahan Pasir Puteh di
sebelah Selatan.
Luas Jajahan Bachok adalah lebih kurang 264.64
Km Persegi. Ia mempunyai pinggir
pantai
sepanjang 32 Km. Semua tanah di Jajahan
ini merupakan Kawasan
Simpanan Melayu.
Keluasan mengikut daerah adalah
sebagaimana Jadual 1.
Daerah
Bil. Mukim
Keluasan (KM/P)
Peratus
Bekelam
5
22.09
8.7
Gunong
12
57.57
21.7
Mahligai
5
19.36
7.3
Perupok
8
20.53
7.8
Melawi
7
30.06
11.4
Telong
5
64.95
24.5
Tg.Pauh
5
11.96
4.5
Tawang
9
37.31
14.1
Jumlah
56
264.64
100
Jadual 1: Keluasan
Daerah dan Bilangan Mukim
Jajahan Bachok mengandungi 8 Daerah dan 56
Mukim Penghulu sebagaimana Jadual 1 di atas. Manakala Mulim Iman pula
ialah sebanyak 47 Mukim. Pentadbiran Majlis Daerah Bachok meliputi kawasan seluas
138.96 KM Persegi yang merangkumi 5 buah daerah iaitu Daerah Perupok,
Tanjong Pauh,Melawi, Gunong dan Mahligai.
Bagi persempadanan kawasan
pilihanraya Jajahan Bachok mengandungi satu kawasan Parlimen iaitu Bachok serta 3 kawasan
Dewan Undangan Negeri iaitu Tawang, Perupok dan Jelawat.
Kegunaan
Tanah di Jajahan Bachok
dapat dibahagikan kepada
3 jenis iaitu Tanah Milik seluas 20, 598.34 hektar, Tanah
Kerajaan seluas 4, 375.66
hektar dan Tanah Rezab
seluas 1, 490.00 hektar sebagaimana
Jadual 2.
Bil
Jenis Tanah
Keluasan (Ha)
1
Tanah Milik
20, 598.34
2
Tanah Kerajaan
4, 375.66
3
Tanah Rizab
1, 490.00
Jumlah
26, 464.00
Jadual2 : KegunaanTanah
PENAFIAN:PEJABAT
TANAH DAN JAJAHAN BACHOK tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat
dalam laman ini.
DISCLAIRMER:PEJABAT
TANAH DAN JAJAHAN BACHOK shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.