Tawaran Pengurangan Tunggakan Denda Cukai Tanah

Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Dato' Menteri Besar Kelantan dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2018 Negeri Kelantan pada 20hb November 2017 telah mengumumkan mengenai tawaran pengurangan tunggakan denda cukai tanah sebanyak 90% di bawah kelulusan Pengarah Tanah dan Galian mengikut peruntukan Kaedah 17A, Kaedah-Kaedah Tanah Kelantan 1966.

Berikutan dengan itu, mana-mana permohonan tunggakan denda yang diterima akan dipertimbangkan pengurangan sebanyak 90% tanpa mengambil kira kadar pengurangan denda yang sepatutnya layak dipertimbangkan sebagaimana Arahan PTG Bil.1/2011

Tawaran ini berkuatkuasa bermula pada 01hb Disember 2017 sehingga 31hb Disember 2017 sahaja.

© Hakcipta Terpelihara {2019} Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok. Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800