Anugerah Portal/ Laman Web 5 Bintang ProBE 2015

Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok telah menerima Anugerah Portal/ Laman Web 5 Bintang ProBE 2015 di atas pencapaian Penarafan 5 Bintang (5 Star Rating) berdasarkan Provider-Based Evaluation (ProBE) 2015 Report oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) sempena Seminar ICT Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Dan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan/ Agensi Kerajaan Negeri Kelantan 1437H/ 2016M anjuran Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada 26 Julai 2016 (Selasa) bertempat di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Tahniah diucapkan kepada semua warga PTJB di atas pencapaian yang amat membanggakan ini.

© Hakcipta Terpelihara {2019} Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok. Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800